Thursday 2 June 2011

Kemudahan Wifi

Assalammualaikum semua, Alhamdulillah kemudahan wifi telah ditambah pada Homestay Arm. Sekiranya para pelanggan membawa laptop sendiri, kemudahan wifi ini  boleh digunakan secara percuma.

Kerja-kerja pemasangan telah dibuat oleh kontraktor Telekom dengan jayanya pada minggu lepas. Terima kasih diucapkan. Terima kasih juga kepada En. Suhaimi kerana sudi memasang soket-soket tambahan untuk wifi ini petang semalam.

Selepas ini Homestay Arm akan memasang kemudahan Astro pula bagi menambah keselesaan para pelanggan. Pelanggan hanya perlu membawa kad Astro masing-masing bagi menggunakan kemudahan ini.

Dimaklumkan tiada caj tambahan dikenakan untuk kemudahan wifi dan Astro ini.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment