Wednesday 23 October 2013

Selamat Berkonvo di Melaka

Salam, Homestay Arm mengucapkan selamat berkonvo kepada graduan UTeM 2013. Tempahan pada minggu konvo masih dibuka tetapi hanya untuk malam Ahad (CheckIn 26Okt; CheckOut 27Okt) sahaja. Wassalam.


Monday 7 October 2013

Sistem Pengudaraan

Salam,

Alhamdulillah, sistem pengudaraan telah dipasang di Homestay Arm. Dengan sistem ini udara di dalam Homestay Arm semakin bersih dan sejuk. Bahang udara panas dapat dikeluarkan daripada dalam rumah melalui bumbung. Sistem dipasang di ruang tamu, kedua bilik katil single, dapur dan di bilik air hadapan. Maka dengan ini perkhidmatan kipas kabus yang diletakkan diruang tamu ditamatkan kerana tidak diperlukan lagi. Diharap dengan sistem pengudaraan ini dapat menambahkan lagi keselesaan menginap di Homestay Arm, InsyaAllah.

Wassalam

Kipas pengudaraan

3 Kipas pengudaraan yang dipasang dibumbung

Corong2 udara di ruang tamu

Corong2 udara di bilik katil single

Kipas kabus yang ditamatkan perkhidmatan