Tuesday 28 June 2011

Astro Decoder

Salam semua,

Akhirnya Homestay Arm berjaya juga membeli astro decoder semalam daripada anak Pak Abu tukang masak yang terkenal di Kg Musai, Melaka. Terima kasih kepada beliau kerana sudi menjual set astro tersebut dengan harga yang berpatutan.

Operasi memasang sendiri akan dibuat pada petang Khamis (30/06/2011). Semoga kerja pemasangan akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Amin...

Wassalam

Wednesday 22 June 2011

Selamat Datang Warga UniKL MSI

Assalammualaikum. Homestay Arm menyucapkan Selamat Datang kepada warga Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) yang berkampung di Melaka dari 22-26 Jun 2011. Semoga penyertaan anda ke Perodua Eco-Challenge 2011 beroleh kejayaan dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Terima kasih kepada Cik Siti Rohana kerana memilih Homestay Arm sebagai tempat tinggal staf sepanjang program tersebut.

Wassalam

Sunday 12 June 2011

Astro decoder

Salam,
Sape ada decoder astro yang masih elok dan tak diguna? kalau nak jual, saya nak beli. Nak letak kat homestay... tq :)

Thursday 2 June 2011

Kemudahan Wifi

Assalammualaikum semua, Alhamdulillah kemudahan wifi telah ditambah pada Homestay Arm. Sekiranya para pelanggan membawa laptop sendiri, kemudahan wifi ini  boleh digunakan secara percuma.

Kerja-kerja pemasangan telah dibuat oleh kontraktor Telekom dengan jayanya pada minggu lepas. Terima kasih diucapkan. Terima kasih juga kepada En. Suhaimi kerana sudi memasang soket-soket tambahan untuk wifi ini petang semalam.

Selepas ini Homestay Arm akan memasang kemudahan Astro pula bagi menambah keselesaan para pelanggan. Pelanggan hanya perlu membawa kad Astro masing-masing bagi menggunakan kemudahan ini.

Dimaklumkan tiada caj tambahan dikenakan untuk kemudahan wifi dan Astro ini.

Wassalam...