Sunday 22 May 2011

Kemudahan Yang Bakal Ditambah


Assalammualaikum semua, insyaAllah dalam minggu hadapan Homestay Arm menyediakan kemudahan baru iaitu wifi yang menggunakan streamyx. Pendaftaran telah dibuat petang tadi di Tesco Cheng. Di harap kemudahan ini akan membuat para tetamu Homestay Arm bertambah selesa dan boleh mengakses internet pada bila-bila masa sahaja.

Dalam masa terdekat juga Homestay Arm akan membuat pendaftaran Astro pula. Ini membolehkan para pelanggan kami mengikuti rancangan kegemaran Astro mereka semasa menginap di sini. Semoga kemudahan-kemudahan ini akan menjadi tarikan utama untuk memilih Homestay Arm.

Wassalam...

Saturday 14 May 2011

Selamat Datang Ke Melaka

Kepada muslimin dan muslimat yang ingin bercuti di Melaka, jemputlah menginap di Homestay Arm yang terletak di Durian Tunggal, Melaka. Maklumat mengenai Homestay Arm adalah seperti berikut :

Lokasi
Taman Desa Idaman 2, Durian Tunggal, 76100 Melaka



Jenis Rumah : Semi D Cluster
Bilik : 4 buah (2 bilik katil queen + 2 bilik katil single)
Bilik Air : 2 Buah
Parking : Muat untuk 2 buah kereta





Prasarana Berdekatan
Masjid Durian Tunggal (memudahkan solat berjemaah dan solat Jumaat)
Pelbagai kedai makan, kedai runcit, dobi, bengkel kereta & motor etc.
Station minyak Petronas, Shell
Cybercafe
Mesin ATM (RHB, BSN, CIMB)
Pejabat Pos


Lokasi Menarik / Penting Berdekatan Dan Masa Perjalanan
Plaza Tol Ayer Keroh (5 minit)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) - (6 minit)
Zoo Melaka (7 minit)
Taman Buaya (7 minit)
Mini Malaysia (6 minit)
Taman Rama-rama (5 minit)
MyDin (9 minit)
MITC (10 minit)
Asam Pedas Pasar Borong (12 minit)
Bandar Hilir (25 minit)
Medan Ikan Bakar Umbai (45 minit)

Kawasan Pelancongan Di Melaka