Sunday 29 September 2013

Aktiviti D.I.Y Menukar Tiub Mesin Basuh

Salam semua,

Pada minggu lalu, tiub mesin basuh yang bocor telah berjaya ditukar sendiri. Setelah hampir sejam memaksa tiub baru (biru) yang diameternya agak kecil daripada tiub asal (putih) untuk masuk ke paip mesin basuh akhirnya membuahkan hasil. Ini semua gara2 Uncle kedai hardware mengatakan tiub yang baru itu boleh digunakan dengan cara memanaskan dengan lilin supaya getahnya kembang. Memang boleh tetapi azab.
Nasib baik ada WD40, tiub dapat dimasukkan dengan lebih senang. Walau bagaimanapun, kerja2 diy ini memang memuaskan hati setelah siap dilakukan. Secara tak langsung kalori2 di perut pun terbakar sama. Habis citer...

Wassalam

Tiub baru (biru) dan tiub lama (putih)

Peralatan yang digunakan

Tiub berjaya dipaksa masuk

Sesi pengujian

Misi Berjaya. Cara baru menggantung tiub

Monday 16 September 2013

Karnival Mahabbah IKIM fm di Melaka pada 27-29 Sept 2013

Salam semua. Untuk makluman, pihak Radio IKIM.fm (IKIM) dan Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) sebagai penganjur Karnival Mahabbah IKIMfm Melaka 2013 bertempat di Dataran Pusat Islam, Melaka pada 27-29 September 2013.
Jika ada pengunjung luar Melaka yang hendak bermalam di Melaka pada hujung minggu tersebut, 
bolehlah menyewa di Homestay Arm. Kami menyediakan tempat penginapan yang selesa dan lengkap., InsyaAllah. Wassalam