Monday 10 December 2012

PC Fair 2012


Salam semua, dimaklumkan PC Fair 2012 akan diadakan di MITC Melaka pada 14 - 16 Disember 2012. Pameran bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.

Monday 3 December 2012

Satu Daerah Satu Industri 2012



Salam semua, dimaklumkan Showcase Satu Daerah Satu Industri 2012 akan diadakan di MITC Melaka pada 07 - 09 Disember 2012. Pameran bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan program ini.

Thursday 15 November 2012

Tempahan Cuti Sekolah



Salam, tempahan untuk musim cuti sekolah kini dibuka. Sila semak kalendar tempahan bagi mengetahui kekosongan. Kalendar tempahan ini akan dikemaskini setelah pelanggan membayar caj tempahan sebanyak RM50. Wang ini akan dipulangkan semula setelah membuat bayaran penuh semasa checkout.

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi: 
En Arm : 012-3400240
Pn Zura : 012-2339867

Wassalam

Thursday 25 October 2012


Salam, Homestay Arm ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha kepada seluruh umat Islam di mana sahaja berada. Wassalam.

Tuesday 2 October 2012

UTeM Formula Varsity 2012


Salam semua, dimaklumkan Formula Varsity 2012 akan diadakan di Melaka International Motorsports Circuit pada 12- 14 Oktober 2012. Homestay Arm  mengucapkan Selamat Bertanding kepada semua yang mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan program ini. Wassalam.

Monday 24 September 2012

Pintu Bilik Air Baru

Pintu Baru

Pintu Lama (pecah tempat tombol pintu)

Salam semua. Alhamdulillah semalam pintu bilik air dapur telah selamat ditukar dengan pintu yang baru. Terima kasih kepada ayah saya yang sudi menolong (tolong pegang pintu) dalam proses memasang pintu yang baru. Memang memenatkan terutama ketika memasang rivet pada pintu. Lepas ini jika pintu bilik air rosak lagi akan ditukar dengan pintu aluminium pula. Diharap para pelanggan Homestay Arm dapat menggunakan pintu ini dengan lebih cermat. Wassalam

Wednesday 5 September 2012

Bumbung Laman & Emper Pintu Dapur Baru

Bumbung Laman

Emper Pintu Dapur
Salam semua, Alhamdulillah bumbung laman (courtyard ) dan emper (awning) pintu dapur selamat dipasang tempoh hari. InsyaAllah laman ini akan berubah wajah menjadi sebuah mini taman kelak. Semoga perubahan-perubahan yang dibuat dapat menambahkan lagi keselesaan para pelanggan Homestay Arm. Wassalam.

Saturday 18 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Homestay Arm mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam terutama para pelanggan kami. Semoga kita mendapat redha Allah setelah berlalunya bulan Ramadhan. Sekian, Wassalam.

Saturday 21 July 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Homestay Arm ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
Semoga kita semua mendapat redha Allah di bulan yang mulia ini. 
Amin...


Tuesday 10 July 2012

Penghawa Dingin Baru


Salam semua, Alhamdulillah penghawa dingin kedua selamat dipasang tempoh hari. Ini menjadikan kedua-dua bilik katil Queen mempunyai penghawa dingin. Semoga ianya dapat menambahkan lagi keselesaan para pelanggan Homestay Arm. Wassalam.

Tuesday 19 June 2012



Salam, saya bercadang ingin membeli aircond baru bagi menambah keselesaan para tetamu yang menginap di Homestay Arm. Diharap cadangan ini dapat direalisasikan pada hujung bulan ini di MEGA HOME (Electical & Home Fair 2012) ini nanti. Amin...
Wassalam

Thursday 24 May 2012

Tempahan Musim Cuti Sekolah



Salam, tempahan untuk musim cuti sekolah kini dibuka. Sila semak kalendar tempahan bagi mengetahui kekosongan. Kalendar tempahan ini akan dikemaskini setelah pelanggan membayar caj tempahan sebanyak RM50. Wang ini akan dipulangkan semula setelah membuat bayaran penuh semasa checkout.

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi: 
En Arm : 012-3400240
Pn Zura : 012-2339867

Wassalam

Monday 30 April 2012

Homestay Arm ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua. Semoga apa yang kita kerjakan selama ini mendapat redha Allah S.W.T. Amin..

Thursday 5 April 2012

Karnival Pendidikan Melaka 2012


Salam semua, minggu ini sedang belangsung Karnival Pendidikan Melaka 2012 bertempat di MITC. Karnival ini  bermula dari 5April 2012 sehingga 8 April 2012. Jika ada pengunjung luar Melaka yang hendak bermalam di Melaka pada hujung minggu ini, bolehlah menyewa di Homestay Arm. Kami menyediakan tempat penginapan yang selesa dan lengkap. Wassalam.

Thursday 8 March 2012

Tempahan Musim Cuti Sekolah


Salam, tempahan untuk musim cuti sekolah kini dibuka. Sila semak kalendar tempahan bagi mengetahui kekosongan. Kalendar tempahan ini akan dikemaskini setelah pelanggan membayar caj tempahan sebanyak RM50. Wang ini akan dipulangkan semula setelah membuat bayaran penuh semasa checkout.

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi: 
En Arm : 012-3400240
Pn Zura : 012-2339867

Wassalam

Projek Lampu Tidur


Salam, Homestay Arm akan memulakan projek pemasangan lampu tidur pada hujung minggu ini. Pemasangan akan dibuat secara DIY di setiap bilik tidur. Lampu ini berjaya dibeli di IKEA pada hari Rabu lepas setelah merancang sekian lama untuk ke sana. Semoga dengan lampu tidur baru ini akan menambahkan lagi keselesaan kepada para tetamu Homestay Arm. Wassalam

Saturday 4 February 2012

Selamat Menyambut Maulidur Rasul



Salam, sempena ketibaaan hari lahir nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W pada 12 Rabiulawal 1433 bersamaan 5 Februari 2012, Homestay Arm ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam. Sebagai umatnya marilah kita sama-sama membanyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W. Semoga kita mendapat syafaat Baginda di akhirat nanti. Amin ya Rabbal Alamin. Wassalam.

Wednesday 18 January 2012

12-21 Jan 2012 : Branded Sale – Melaka


Salam semua. Menarik minggu ini di Melaka sempena Perayaan Tahun Baru Cina ialah Jualan Barangan Berjenama pada 12-21 Januari 2012. Jualan bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Mari membeli belah di Melaka. Homestay Arm masih menerima tempahan untuk hujung minggu ini. Wassalam

Monday 2 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012


HomestayArm mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua. Semoga kita semua sentiasa berada dalam keredhaan-Nya. 
Amin...