Thursday, 1 January 2015

DIY : Lampu Luar & Pintu Tandas

Lampu Luar

Pintu Tandas


Salam, Alhamdulillah, Homestay Arm telah berjaya memasang lampu luar sebanyak 2 unit dan pintu tandas di bilik utama sempana cuti tahun baru. Kerja-kerja pemasangan lampu dilakukan sendiri dan untuk pintu tandas telah dibantu oleh En.Haironi (Terima kasih bebanyak). Walaupun kerja-kerja pemasangan ini mencabar kesabaran dan memenatkan bagi seorang amatur seperti saya, namun kepuasan melihat hasil kerja sendiri sememangnya berbaloi. Semoga kepuasan menginap di Homestay Arm bertambah dengan kerja-kerja naik taraf ini. Sekian, wassalam.

Wednesday, 22 October 2014

Tilam Baru



Salam semua. Alhamdulillah Homestay Arm telah menambah tilam-tilam Super Single baru di Bilik Ketiga dan Keempat. Tilam-tilam lama masih digunakan dan boleh ditarik keluar daripada katil jika perlu. Semoga para pelanggan bertambah selesa menginap di Homestay Arm. Wassalam

Sunday, 5 October 2014

Selamat Menyambut Aidil Adha


Homestay Arm mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha dan Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam terutama para pelanggan kami. Semoga kita berada dalam keredhaan Allah. Amin. Sekian, Wassalam.

Tuesday, 23 September 2014

Selamat Berkonvo Di Melaka

Salam, Homestay Arm mengucapkan selamat berkonvo kepada graduan UTeM 2014. Tempahan pada minggu konvo masih dibuka tetapi hanya untuk malam Sabtu (CheckIn 26Sept; CheckOut 27Sept) sahaja. Wassalam.


Monday, 28 July 2014

Selamat Menyambut Aidilfitri


Homestay Arm mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam terutama para pelanggan kami. Semoga kita mendapat redha Allah setelah berlalunya bulan Ramadhan. Sekian, Wassalam.

Saturday, 19 July 2014

D.I.Y Penapis Air Luar


Salam, Homestay Arm telah memasang penapis air luar yang baru bagi memastikan air paip yang masuk menjadi lebih bersih. Kerja-kerja pemasangan dilakukan sendiri dan akibatnya memakan masa selama 3 hari. Hari pertama penyediaan tapak dan mengangkat tong penapis yang berat. Hari kedua adalah cubaan pertama proses memasang penapis. Siap, tapi malangnya ada kebocoron kerana penggunaan paip poli di ruangan yang sempit. Hari ketiga, cubaan kedua berjaya setelah menggantikan paip poli dengan paip pvc. Sesungguhnya kerja-kerja pemasangan ini amat mencabar dan memenatkan bagi seorang amatur seperti saya. Semoga penapis air ini dapat menambahkan kali kepuasan menginap di Homestay Arm. Wassalam

Sunday, 29 June 2014

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Homestay Arm ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
Semoga kita semua mendapat redha Allah di bulan yang mulia ini. Amin.