Tuesday, 25 February 2014

DIY : Menukar Pili Air Tandas

Yang Lama
Yang Baru

 Salam

Kelmarin, misi menukar pili air tandas berjaya dilaksanakan. Setelah 4 tahun digunakan, akhirnya rosak juga. Tidak susah menukar dengan yang baru. Hampir sejam operasi dibuat. Maklumlah, amatur. Walaupun begitu terasa puas membuat kerja2 DIY ini. Semoga dengan pili air yang baru ini, dapat menambah keselesaan menginap di Homestay Arm

Wassalam

Friday, 24 January 2014

Cadar Baru 2014


Salam,

Homestay Arm telah membeli set cadar baru untuk tahun 2014. Set cadar katil queen dibeli daripada pengedar jenama Oli Collection di Malim, Melaka. Manakala set cadar saiz super single terpaksa menggunakan jenama lain kerana Oli Collection belum menghasilkan set cadar saiz berkenaan lagi. Mungkin akan datang, InsyaAllah. Jenama Oli Collection merupakan produk orang Islam yang sering diiklankan di radio IKIM.fm. Untuk pengetahuan Homestay Arm telah menjadi ejen pengedar produk Oli Collection.
Semoga produk orang Islam kita ini berjaya di pasaran tempatan dan antarabangsa. Bersama-samalah kita menyokong perusahaan ini yang telah menunaikan tuntutan fardu kifayah umat Islam di Malaysia.

Lama Web Oli Collection : http://www.oli.com.my

Wassalam

Wednesday, 1 January 2014

Selamat Tahun Baru 2014



HomestayArm mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua. Semoga kita semua sentiasa berada dalam keredhaan-Nya dan dimurahkan rezeki. 
Amin...

HomestayArm masih mengekalkan harga sewaan pada RM200.00 semalam. Harap maklum. 
Wassalam

Sunday, 1 December 2013

Tempahan Cuti Sekolah


Salam, tempahan untuk musim cuti sekolah kini dibuka. Sila semak kalendar tempahan bagi mengetahui kekosongan. Kalendar tempahan ini akan dikemaskini setelah pelanggan membayar caj tempahan sebanyak RM100. Wang ini akan dipulangkan semula setelah membuat bayaran penuh semasa checkout.

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi: 
En Arm : 012-3400240
Pn Zura : 012-2339867

Wassalam

Thursday, 21 November 2013

Aquafair Malaysia 2013


Salam semua, dimaklumkan Aquafair Malaysia 2013 akan diadakan di MITC Melaka pada 21-24 November 2013. Pameran bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 8.00 malam. Marilah bersama -sama kita menambah pengetahuan mengenai hidupan air di sini. Bagi yang ingin bermalam di Melaka, bolehlah menginap di Homestay Arm. 

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi: 
En Arm : 012-3400240
Pn Zura : 012-2339867


Wednesday, 23 October 2013

Selamat Berkonvo di Melaka

Salam, Homestay Arm mengucapkan selamat berkonvo kepada graduan UTeM 2013. Tempahan pada minggu konvo masih dibuka tetapi hanya untuk malam Ahad (CheckIn 26Okt; CheckOut 27Okt) sahaja. Wassalam.


Monday, 7 October 2013

Sistem Pengudaraan

Salam,

Alhamdulillah, sistem pengudaraan telah dipasang di Homestay Arm. Dengan sistem ini udara di dalam Homestay Arm semakin bersih dan sejuk. Bahang udara panas dapat dikeluarkan daripada dalam rumah melalui bumbung. Sistem dipasang di ruang tamu, kedua bilik katil single, dapur dan di bilik air hadapan. Maka dengan ini perkhidmatan kipas kabus yang diletakkan diruang tamu ditamatkan kerana tidak diperlukan lagi. Diharap dengan sistem pengudaraan ini dapat menambahkan lagi keselesaan menginap di Homestay Arm, InsyaAllah.

Wassalam

Kipas pengudaraan

3 Kipas pengudaraan yang dipasang dibumbung

Corong2 udara di ruang tamu

Corong2 udara di bilik katil single

Kipas kabus yang ditamatkan perkhidmatan