Tuesday, 1 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013



HomestayArm mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua. Semoga kita semua sentiasa berada dalam keredhaan-Nya dan dimurahkan rezeki. 
Amin...

Monday, 10 December 2012

PC Fair 2012


Salam semua, dimaklumkan PC Fair 2012 akan diadakan di MITC Melaka pada 14 - 16 Disember 2012. Pameran bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.

Monday, 3 December 2012

Satu Daerah Satu Industri 2012



Salam semua, dimaklumkan Showcase Satu Daerah Satu Industri 2012 akan diadakan di MITC Melaka pada 07 - 09 Disember 2012. Pameran bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan program ini.

Thursday, 15 November 2012

Tempahan Cuti Sekolah



Salam, tempahan untuk musim cuti sekolah kini dibuka. Sila semak kalendar tempahan bagi mengetahui kekosongan. Kalendar tempahan ini akan dikemaskini setelah pelanggan membayar caj tempahan sebanyak RM50. Wang ini akan dipulangkan semula setelah membuat bayaran penuh semasa checkout.

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi: 
En Arm : 012-3400240
Pn Zura : 012-2339867

Wassalam

Thursday, 25 October 2012


Salam, Homestay Arm ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha kepada seluruh umat Islam di mana sahaja berada. Wassalam.

Tuesday, 2 October 2012

UTeM Formula Varsity 2012


Salam semua, dimaklumkan Formula Varsity 2012 akan diadakan di Melaka International Motorsports Circuit pada 12- 14 Oktober 2012. Homestay Arm  mengucapkan Selamat Bertanding kepada semua yang mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan program ini. Wassalam.

Monday, 24 September 2012

Pintu Bilik Air Baru

Pintu Baru

Pintu Lama (pecah tempat tombol pintu)

Salam semua. Alhamdulillah semalam pintu bilik air dapur telah selamat ditukar dengan pintu yang baru. Terima kasih kepada ayah saya yang sudi menolong (tolong pegang pintu) dalam proses memasang pintu yang baru. Memang memenatkan terutama ketika memasang rivet pada pintu. Lepas ini jika pintu bilik air rosak lagi akan ditukar dengan pintu aluminium pula. Diharap para pelanggan Homestay Arm dapat menggunakan pintu ini dengan lebih cermat. Wassalam