Thursday, 15 November 2012

Tempahan Cuti Sekolah



Salam, tempahan untuk musim cuti sekolah kini dibuka. Sila semak kalendar tempahan bagi mengetahui kekosongan. Kalendar tempahan ini akan dikemaskini setelah pelanggan membayar caj tempahan sebanyak RM50. Wang ini akan dipulangkan semula setelah membuat bayaran penuh semasa checkout.

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi: 
En Arm : 012-3400240
Pn Zura : 012-2339867

Wassalam

Thursday, 25 October 2012


Salam, Homestay Arm ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha kepada seluruh umat Islam di mana sahaja berada. Wassalam.

Tuesday, 2 October 2012

UTeM Formula Varsity 2012


Salam semua, dimaklumkan Formula Varsity 2012 akan diadakan di Melaka International Motorsports Circuit pada 12- 14 Oktober 2012. Homestay Arm  mengucapkan Selamat Bertanding kepada semua yang mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan program ini. Wassalam.

Monday, 24 September 2012

Pintu Bilik Air Baru

Pintu Baru

Pintu Lama (pecah tempat tombol pintu)

Salam semua. Alhamdulillah semalam pintu bilik air dapur telah selamat ditukar dengan pintu yang baru. Terima kasih kepada ayah saya yang sudi menolong (tolong pegang pintu) dalam proses memasang pintu yang baru. Memang memenatkan terutama ketika memasang rivet pada pintu. Lepas ini jika pintu bilik air rosak lagi akan ditukar dengan pintu aluminium pula. Diharap para pelanggan Homestay Arm dapat menggunakan pintu ini dengan lebih cermat. Wassalam

Wednesday, 5 September 2012

Bumbung Laman & Emper Pintu Dapur Baru

Bumbung Laman

Emper Pintu Dapur
Salam semua, Alhamdulillah bumbung laman (courtyard ) dan emper (awning) pintu dapur selamat dipasang tempoh hari. InsyaAllah laman ini akan berubah wajah menjadi sebuah mini taman kelak. Semoga perubahan-perubahan yang dibuat dapat menambahkan lagi keselesaan para pelanggan Homestay Arm. Wassalam.

Saturday, 18 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Homestay Arm mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam terutama para pelanggan kami. Semoga kita mendapat redha Allah setelah berlalunya bulan Ramadhan. Sekian, Wassalam.

Saturday, 21 July 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Homestay Arm ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
Semoga kita semua mendapat redha Allah di bulan yang mulia ini. 
Amin...