Friday, 23 December 2011
Car Show 2011 Di MITC
Salam semua, dimaklumkan Car Show 2011 akan diadakan di MITC Melaka pada 22 - 25 Disember 2011. Kepada semua peminat kereta bolehlah hadir bagi memeriahkan program ini.
Wednesday, 7 December 2011
Satu Daerah Satu Industri 2011
Salam semua, dimaklumkan Showcase Satu Daerah Satu Industri 2011 akan diadakan di MITC Melaka pada 09 - 12 Disember 2011. Pameran bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan program ini.
Wednesday, 9 November 2011
Tempahan Musim Cuti Sekolah
Salam, tempahan untuk musim cuti sekolah masih dibuka. Sila semak kalendar tempahan bagi mengetahui kekosongan. Kalendar tempahan ini akan dikemaskini setelah pelanggan membayar caj tempahan sebanyak RM50. Wang ini akan dipulangkan semula setelah membuat bayaran penuh semasa checkout.
Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi:
En Arm : 012-3400240
Pn Zura : 012-2339867
Wassalam
Wassalam
Thursday, 27 October 2011
Selamat Menyambut Bulan Zulhijjah
Sunnah-Sunnah Di Bulan Zulhijjah
a) Berpuasa di hari Arafah/9 Zulhijjah
b) Menyembelih korban
c) Membanyakkan amal ibadah pada sepuluh hari pertama Zulhijjah
d) Melakukan solat hari raya di Musolla/tanah lapang
e) Membanyakkan takbir bermula pada 10 Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah.
f) Tidak Makan Sebelum Solat Raya
Tuesday, 11 October 2011
Selamat Berkonvo di Melaka
Salam, Homestay Arm mengucapkan selamat berkonvo kepada graduan UTeM 2011. Tempahan pada minggu konvo masih dibuka tetapi hanya untuk malam Sabtu sahaja. Masa check in pula terpaksa lewat selepas pukul 5 petang kerana memberi laluan kepada pelanggan sebelumnya yang menggunakan Homestay Arm untuk tetamu majlis perkahwinan mereka. Diskaun menarik akan diberikan sekiranya berminat dan dibenarkan checkout lewat pada hari Ahad. Wassalam.
Tuesday, 27 September 2011
TV Baru Selamat Dipasang
Salam, Alhamdulillah Homestay Arm berjaya menyambar sebuah tv lcd baru minggu lepas. Terima kasih kepada En. Kamal dan En.Syukur daripada kedai elektrik kerana berjaya memasang Wall Bracket tv berkenaan. Semoga dengan adanya tv baru ini dapat menambah keselesaan kepada para tetamu Homestay Arm. Gambar terbaru Homestay Arm akan diupload kemudian. Wassalam
Monday, 12 September 2011
MEGA HOME (Electical & Home Fair 2011)
Salam, saya bercadang ingin membeli tv baru bagi menambah keselesaan para tetamu yang menginap di Homestay Arm. Diharap cadangan ini dapat direalisasikan pada hujung bulan ini di MEGA HOME (Electical & Home Fair 2011) ini nanti. Amin...
Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)




