Tuesday, 27 September 2011

TV Baru Selamat Dipasang

Salam,  Alhamdulillah Homestay Arm berjaya menyambar sebuah tv lcd baru minggu lepas. Terima kasih kepada En. Kamal dan En.Syukur daripada kedai elektrik kerana berjaya memasang Wall Bracket tv berkenaan. Semoga dengan adanya tv baru ini dapat menambah keselesaan kepada para tetamu Homestay Arm. Gambar terbaru Homestay Arm akan diupload kemudian. Wassalam

Monday, 12 September 2011

MEGA HOME (Electical & Home Fair 2011)


Salam, saya bercadang ingin membeli tv baru bagi menambah keselesaan para tetamu yang menginap di Homestay Arm. Diharap cadangan ini dapat direalisasikan pada hujung bulan ini di MEGA HOME (Electical & Home Fair 2011) ini nanti. Amin...
Wassalam

Thursday, 28 July 2011

Selamat Datang Ya Ramadhan

Homestay Arm ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
Semoga kita semua mendapat redha Allah di bulan yang mulia ini. 
Amin...

Tuesday, 12 July 2011

Makluman Kepada Para Tetamu

Assalammualaikum,

 Para tetamu Homestay Arm adalah diingatkan membawa kad astro masing-masing bagi membolehkan tuan / puan menggunakan kemudahan astro kami.

Jika tuan / puan ingin menggunakan kemudahan wifi kami, bawalah laptop / ipad / netbook dll sendiri. Kemudahan ini diberi percuma.

Sebelum sampai ke Melaka, hubungi pihak Homestay Arm bagi memboleh pihak kami bersedia menjemput anda di Tol Ayer Keroh.

Sekian, wassalam

Tuesday, 28 June 2011

Astro Decoder

Salam semua,

Akhirnya Homestay Arm berjaya juga membeli astro decoder semalam daripada anak Pak Abu tukang masak yang terkenal di Kg Musai, Melaka. Terima kasih kepada beliau kerana sudi menjual set astro tersebut dengan harga yang berpatutan.

Operasi memasang sendiri akan dibuat pada petang Khamis (30/06/2011). Semoga kerja pemasangan akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Amin...

Wassalam

Wednesday, 22 June 2011

Selamat Datang Warga UniKL MSI

Assalammualaikum. Homestay Arm menyucapkan Selamat Datang kepada warga Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) yang berkampung di Melaka dari 22-26 Jun 2011. Semoga penyertaan anda ke Perodua Eco-Challenge 2011 beroleh kejayaan dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Terima kasih kepada Cik Siti Rohana kerana memilih Homestay Arm sebagai tempat tinggal staf sepanjang program tersebut.

Wassalam