Tuesday, 23 September 2014

Selamat Berkonvo Di Melaka

Salam, Homestay Arm mengucapkan selamat berkonvo kepada graduan UTeM 2014. Tempahan pada minggu konvo masih dibuka tetapi hanya untuk malam Sabtu (CheckIn 26Sept; CheckOut 27Sept) sahaja. Wassalam.


Monday, 28 July 2014

Selamat Menyambut Aidilfitri


Homestay Arm mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam terutama para pelanggan kami. Semoga kita mendapat redha Allah setelah berlalunya bulan Ramadhan. Sekian, Wassalam.

Saturday, 19 July 2014

D.I.Y Penapis Air Luar


Salam, Homestay Arm telah memasang penapis air luar yang baru bagi memastikan air paip yang masuk menjadi lebih bersih. Kerja-kerja pemasangan dilakukan sendiri dan akibatnya memakan masa selama 3 hari. Hari pertama penyediaan tapak dan mengangkat tong penapis yang berat. Hari kedua adalah cubaan pertama proses memasang penapis. Siap, tapi malangnya ada kebocoron kerana penggunaan paip poli di ruangan yang sempit. Hari ketiga, cubaan kedua berjaya setelah menggantikan paip poli dengan paip pvc. Sesungguhnya kerja-kerja pemasangan ini amat mencabar dan memenatkan bagi seorang amatur seperti saya. Semoga penapis air ini dapat menambahkan kali kepuasan menginap di Homestay Arm. Wassalam

Sunday, 29 June 2014

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Homestay Arm ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
Semoga kita semua mendapat redha Allah di bulan yang mulia ini. Amin.

Sunday, 8 June 2014

Ceiling Exhaust Fan


Salam, Homestay Arm telah memasang Ceiling Exhaust Fan di kedua-dua bilik katil Single. Semoga dengan pemasangan kipas ini dapat menambahkan lagi keselesaan menginap di Homestay Arm. InsyaAllah
Wassalam

Friday, 30 May 2014

Tempahan Cuti Sekolah


Salam, tempahan untuk musim cuti sekolah kini dibuka. Sila semak kalendar tempahan bagi mengetahui kekosongan. Kalendar tempahan ini akan dikemaskini setelah pelanggan membayar caj tempahan sebanyak RM100. Wang ini akan dipulangkan semula setelah membuat bayaran penuh semasa checkout.

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi: 
En Arm : 012-3400240
Pn Zura : 012-2339867

Wassalam

Sunday, 11 May 2014

Modem Baru



Lama
Baru

Salam,

Homestay Arm telah menukar modem router yang baru setelah modem yang lama terkena kilat. Semoga modem raouter yang baru ini dapat bekhidmat lebih lama. Sebagai langkah berjaga-jaga kabel telefon dan kabel power modem ini akan dicabutkan jika tiada tetamu di Homestay Arm.

Wassalam