Monday, 5 August 2013

Tilam Dan Cerek Baru

Salam semua. Alhamdulillah Homestay Arm telah menggantikan tilam-tilam di Bilik Utama dan Kedua dengan tilam yang baru. Cerek elektrik turut juga ditukar baru. Semoga para pelanggan bertambah selesa menginap di Homestay Arm. Wassalam

Cerek lama
Cerek baru

Tilam baru di Bilik Utama

Tilam baru di Bilik Kedua


Thursday, 11 July 2013

Aktiviti Mengecat

Salam semua. Sempena awal Ramadhan tempoh hari Homestay Arm berkesempatan membuat aktiviti mengecat buaian dan pagar. Cuaca memang baik pada hari tersebut sehingga ke petang. Wassalam

Sebelum dicat, warna agak pudar.


Setelah selesai dicat, semakin menyerlah serinya.

Pagar juga turut berseri


Tuesday, 2 July 2013

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan



Homestay Arm ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
Semoga kita semua mendapat redha Allah di bulan yang mulia ini. Amin.

Bagi meraikan bulan yang mulia ini, Homestay Arm memberi diskaun RM50 untuk setiap malam. Ini menjadikan sewaan semalam menjadi RM150 sahaja. InsyaAllah juadah berbuka puasa seperti kuih muih dan kurma akan diberikan secara percuma untuk para pelanggan kami.

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi:
En Arm : 012-3400240
Pn Zura : 012-2339867

Monday, 3 June 2013

Promosi Minggu Akhir Cuti Sekolah


Salam semua, sempena minggu akhir cuti sekolah, Homestay Arm akan memberi pakej harga istimewa yang lebih murah kepada pelanggan yang menyewa pada minggu ini. Pakej ini adalah :

Pakej Pertama : 
Penginapan 3 hari 2 malam dengan harga RM 350.00 jimat /diskaun RM50.00


Pakej Kedua : 
Penginapan 4 hari 3 malam dengan harga RM 500.00 jimat /diskaun RM100.00


Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi:
En Arm : 012-3400240
Pn Zura : 012-2339867


Tuesday, 21 May 2013

Tempahan Cuti Sekolah



Salam, tempahan untuk musim cuti sekolah kini dibuka. Sila semak kalendar tempahan bagi mengetahui kekosongan. Kalendar tempahan ini akan dikemaskini setelah pelanggan membayar caj tempahan sebanyak RM50. Wang ini akan dipulangkan semula setelah membuat bayaran penuh semasa checkout.

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi: 
En Arm : 012-3400240
Pn Zura : 012-2339867

Wassalam

Wednesday, 17 April 2013

Kipas Kabus


Salam semua, hari Ahad yang lalu Homestay Arm telah membeli sebuah kipas kabus. Diharap dengan kipas kabus ini dapat menambahkan lagi keselesaan menginap di Homestay Arm, InsyaAllah. Wassalam.

Tuesday, 2 April 2013

Astro NJOI



Salam semua, tengah hari tadi Homestay Arm telah membuat pendaftaran Astro NJOI. Semoga dengan adanya Astro NJOI ini nanti, ianya dapat menambah keselesaan kepada para tetamu Homestay Arm. Wassalam