Salam semua,
Pada minggu lalu, tiub mesin basuh yang bocor telah berjaya ditukar sendiri. Setelah hampir sejam memaksa tiub baru (biru) yang diameternya agak kecil daripada tiub asal (putih) untuk masuk ke paip mesin basuh akhirnya membuahkan hasil. Ini semua gara2 Uncle kedai hardware mengatakan tiub yang baru itu boleh digunakan dengan cara memanaskan dengan lilin supaya getahnya kembang. Memang boleh tetapi azab.
Nasib baik ada WD40, tiub dapat dimasukkan dengan lebih senang. Walau bagaimanapun, kerja2 diy ini memang memuaskan hati setelah siap dilakukan. Secara tak langsung kalori2 di perut pun terbakar sama. Habis citer...
Wassalam
 |
Tiub baru (biru) dan tiub lama (putih) |
 |
Peralatan yang digunakan |
 |
Tiub berjaya dipaksa masuk |
 |
Sesi pengujian |
 |
Misi Berjaya. Cara baru menggantung tiub |
No comments:
Post a Comment