Monday, 28 July 2014
Selamat Menyambut Aidilfitri
Homestay Arm mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam terutama para pelanggan kami. Semoga kita mendapat redha Allah setelah berlalunya bulan Ramadhan. Sekian, Wassalam.
Saturday, 19 July 2014
D.I.Y Penapis Air Luar
Salam, Homestay Arm telah memasang penapis air luar yang baru bagi memastikan air paip yang masuk menjadi lebih bersih. Kerja-kerja pemasangan dilakukan sendiri dan akibatnya memakan masa selama 3 hari. Hari pertama penyediaan tapak dan mengangkat tong penapis yang berat. Hari kedua adalah cubaan pertama proses memasang penapis. Siap, tapi malangnya ada kebocoron kerana penggunaan paip poli di ruangan yang sempit. Hari ketiga, cubaan kedua berjaya setelah menggantikan paip poli dengan paip pvc. Sesungguhnya kerja-kerja pemasangan ini amat mencabar dan memenatkan bagi seorang amatur seperti saya. Semoga penapis air ini dapat menambahkan kali kepuasan menginap di Homestay Arm. Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)