Wednesday, 22 October 2014
Tilam Baru
Salam semua. Alhamdulillah Homestay Arm telah menambah tilam-tilam Super Single baru di Bilik Ketiga dan Keempat. Tilam-tilam lama masih digunakan dan boleh ditarik keluar daripada katil jika perlu. Semoga para pelanggan bertambah selesa menginap di Homestay Arm. Wassalam
Sunday, 5 October 2014
Selamat Menyambut Aidil Adha
Homestay Arm mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha dan Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam terutama para pelanggan kami. Semoga kita berada dalam keredhaan Allah. Amin. Sekian, Wassalam.
Tuesday, 23 September 2014
Selamat Berkonvo Di Melaka
Salam, Homestay Arm mengucapkan selamat berkonvo kepada graduan UTeM 2014. Tempahan pada minggu konvo masih dibuka tetapi hanya untuk malam Sabtu (CheckIn 26Sept; CheckOut 27Sept) sahaja. Wassalam.
Monday, 28 July 2014
Selamat Menyambut Aidilfitri
Homestay Arm mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam terutama para pelanggan kami. Semoga kita mendapat redha Allah setelah berlalunya bulan Ramadhan. Sekian, Wassalam.
Saturday, 19 July 2014
D.I.Y Penapis Air Luar
Salam, Homestay Arm telah memasang penapis air luar yang baru bagi memastikan air paip yang masuk menjadi lebih bersih. Kerja-kerja pemasangan dilakukan sendiri dan akibatnya memakan masa selama 3 hari. Hari pertama penyediaan tapak dan mengangkat tong penapis yang berat. Hari kedua adalah cubaan pertama proses memasang penapis. Siap, tapi malangnya ada kebocoron kerana penggunaan paip poli di ruangan yang sempit. Hari ketiga, cubaan kedua berjaya setelah menggantikan paip poli dengan paip pvc. Sesungguhnya kerja-kerja pemasangan ini amat mencabar dan memenatkan bagi seorang amatur seperti saya. Semoga penapis air ini dapat menambahkan kali kepuasan menginap di Homestay Arm. Wassalam
Sunday, 29 June 2014
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
Homestay Arm ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
Semoga kita semua mendapat redha Allah di bulan yang mulia ini. Amin.
Sunday, 8 June 2014
Ceiling Exhaust Fan
Salam, Homestay Arm telah memasang Ceiling Exhaust Fan di kedua-dua bilik katil Single. Semoga dengan pemasangan kipas ini dapat menambahkan lagi keselesaan menginap di Homestay Arm. InsyaAllah.
Wassalam
Friday, 30 May 2014
Tempahan Cuti Sekolah
Salam, tempahan untuk musim cuti sekolah kini dibuka. Sila semak kalendar tempahan bagi mengetahui kekosongan. Kalendar tempahan ini akan dikemaskini setelah pelanggan membayar caj tempahan sebanyak RM100. Wang ini akan dipulangkan semula setelah membuat bayaran penuh semasa checkout.
Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi:
En Arm : 012-3400240
Pn Zura : 012-2339867
Wassalam
Sunday, 11 May 2014
Modem Baru
Tuesday, 15 April 2014
Selamat Menyambut Hari Bandaraya Melaka Bersejarah
Salam,
Homestay Arm ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun ke- 11 Bandaraya Melaka Bersejarah pada 15 April 2014. Kepada warga Melaka diucapkan selamat bercuti. Kepada para pengunjung, diucapkan selamat melawat tempat-tempat bersejarah dan menarik di negeri ini.
Wassalam
Homestay Arm ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun ke- 11 Bandaraya Melaka Bersejarah pada 15 April 2014. Kepada warga Melaka diucapkan selamat bercuti. Kepada para pengunjung, diucapkan selamat melawat tempat-tempat bersejarah dan menarik di negeri ini.
Wassalam
Tuesday, 25 February 2014
DIY : Menukar Pili Air Tandas
Yang Lama |
Yang Baru |
Salam
Kelmarin, misi menukar pili air tandas berjaya dilaksanakan. Setelah 4 tahun digunakan, akhirnya rosak juga. Tidak susah menukar dengan yang baru. Hampir sejam operasi dibuat. Maklumlah, amatur. Walaupun begitu terasa puas membuat kerja2 DIY ini. Semoga dengan pili air yang baru ini, dapat menambah keselesaan menginap di Homestay Arm
Wassalam
Friday, 24 January 2014
Cadar Baru 2014
![]() |
Homestay Arm telah membeli set cadar baru untuk tahun 2014. Set cadar katil queen dibeli daripada pengedar jenama Oli Collection di Malim, Melaka. Manakala set cadar saiz super single terpaksa menggunakan jenama lain kerana Oli Collection belum menghasilkan set cadar saiz berkenaan lagi. Mungkin akan datang, InsyaAllah. Jenama Oli Collection merupakan produk orang Islam yang sering diiklankan di radio IKIM.fm. Untuk pengetahuan Homestay Arm telah menjadi ejen pengedar produk Oli Collection.
Semoga produk orang Islam kita ini berjaya di pasaran tempatan dan antarabangsa. Bersama-samalah kita menyokong perusahaan ini yang telah menunaikan tuntutan fardu kifayah umat Islam di Malaysia.
Lama Web Oli Collection : http://www.oli.com.my
Wassalam
Wednesday, 1 January 2014
Selamat Tahun Baru 2014
HomestayArm mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua. Semoga kita semua sentiasa berada dalam keredhaan-Nya dan dimurahkan rezeki.
Amin...
HomestayArm masih mengekalkan harga sewaan pada RM200.00 semalam. Harap maklum.
Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)